30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kerja pembersihan pascabanjir capai 98.17 peratus – NADMA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERJA-kerja pembersihan sisa pascabanjir di enam negeri yang dilanda bencan banjir sebelum ini telah mencapai 98.17 peratus siap di bawah fasa pertama.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) berkata, sehingga kini dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka telah mencapai 100 peratus kerja-kerja pembersihan untuk fasa kedua.

NADMA berkata, sebanyak 438 tan sisa banjir telah dibersihkan pada kedua-dua fasa pembersihan dengan menggunakan 112 jentera dan 354 pekerja.

“Fasa pertama kerja pembersihan pascabanjir di Johor telah mencapai 90 peratus dengan kawasan tumpuan pembersihan di daerah Segamat dan Muar.

“Manakala di Pahang, kerja pembersihan kekal pada 99 peratus kerana berdasarkan rondaan hari ini masih terdapat sisa baharu dikeluarkan dari kawasan perumahan,”katanya.

Sementara itu, menurut laporan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), terdapat pertambahan empat kejadian tanah runtuh telah direkodkan iaitu masing-masing dua di Sabah dan Sarawak.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kejadian tanah runtuh sepanjang monsun timur laut (MTL) 2021/2022 adalah sebanyak 280.

Kenyataan itu turut memaklumkan sebanyak 61.7 peratus Ketua Isi Rumah (KIR) terkesan dalam gelombang pertama.

“Sementara, 52.3 peratus terkesan dalam gelombang kedua, telah menerima bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) membabitkan peruntukan sebanyak RM64,833,000,”katanya.- Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan