24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kes harian COVID-19 kekal pada paras 3,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian COVID-19 masih berada kadar 3,000 sehari dengan hari ini sahaja merekodkan sebanyak 3,010 kes, namun sedikit berkurangan berbanding 3,074 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga mencatatkan penurunan apabila merekodkan 182 kes berbanding semalam, 193 kes.

“Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan 83 kes berbanding semalam, 90 kes.

“Malaysia mencatatkan 0.9 peratus bersamaan 28 kes daripada 3,010 kes positif harian COVID-19 pada hari ini, melibatkan kategori tiga, empat dan lima sekali gus merekodkan penurunan berbanding semalam, 1.0 peratus.

“Bakinya, 2,982 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tujuh kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,212 kluster.

Advertisements

“Sebanyak 176 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan tiada perubahan berbanding semalam yang mencatatkan, 176 kluster.

“Jumlah kluster tamat sebanyak 6,036 kluster berbanding semalam, 6,029 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan peningkatan sebanyak 19 kes, berbanding semalam, 12 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,781 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak enam daripada 19 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,415 kes.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan