30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 18, 2022

RM7 juta bagi laksana program cegah HIV secara komprehensif

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyalurkan sumbangan RM7 juta bagi pelaksanaan program pencegahan HIV komprehensif oleh badan bukan kerajaan bagi tahun 2022.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kerjasama pintar di antara KKM dan Majlis AIDS Malaysia atau GO-NGO telah menampakkan impak yang positif dalam menangani AIDS.

“Dalam melaksanakan perkara ini, pihak kerajaan melalui KKM telah menyalurkan peruntukan kepada Majlis AIDS Malaysia sebanyak lebih RM170 juta sejak penubuhannya.

“Jadi pada hari ini sebagai kerajaan bertanggungjawab dan prihatin, tambahan sumbangan RM7 juta lagi bagi pelaksanaan program pencegahan HIV komprehensif oleh badan bukan kerajaan bagi tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Mengakhiri AIDS Melalui Kerjasama Pintar Kerajaan-Badan Bukan Kerajaan (Government Organization-Non-Government Organization) atau GO-NGO Model KK 2.0 Peringkat Kebangsaan Di Perkarangan Klinik Kesihatan Pandamaran, Klang hari ini.

Katanya, dalam melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengawal penularan jangkitan HIV, Kementerian Kesihatan mempelopori pendekatan multi-sektoral dan berasaskan masyarakat (community-based).

Baca juga:   Sasaran tercapai, 20% belum lengkap vaksin akan dijejak

“Salah satunya adalah dengan penubuhan Majlis AIDS Malaysia pada tahun 1992 sebagai organisasi payung (umbrella organization) bagi menyelaras respon terhadap HIV/AIDS oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung dibawahnya.

Selain itu, Khairy berkata, Malaysia juga telah menggariskan pelan 15 tahun mengakhiri AIDS pada 2030 melalui National Strategic Plan in Ending AIDS 2016-2030.

Baca juga:   Laporan palsu:SPRM buat laporan polis

“Pada masa ini, kita berada pada landasan yang betul dalam mencapai aspirasi tersebut.

“Namun, kita tidak lepas dari menghadapi cabaran kerana perubahan landskap transmisi jangkitan dari penagih dadah kepada jangkitan seksual.

“Kajian Integrated Bio-Behavioural yang dilaksanakan setiap 3 tahun oleh Kementerian Kesihatan telah menunjukkan peningkatan kadar jangkitan HIV di kalangan men having sex with men (MSM) dan populasi transgender (TG).

“Situasi ini memerlukan komitmen serta respon yang agresif dan inovatif dalam menurunkan jangkitan melalui transmisi seksual,” katanya.

Pada majlis berkenaan Khairy turut merasmikan Model KK 2.0 melalui kerjasama pintar GO-NGO.

Dalam model ini, pekerja yang pada dahulunya dinamakan sebagai pekerja temu seru (outreach), dan pekerja kes (case worker) akan diberi penjenamaan baru iaitu Pekerja Kesihatan Komuniti (PKK) atau Community Health Worker.

Dalam perkara ini, skop tugas PKK ini akan diperluaskan meliputi ketiga-tiga penyakit HIV, Hepatitis C, dan STI. Mungkin melalui pendekatan ini, memerlukan insentif tambahan.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong; Pengarah kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr. Sha’ari Ngadiman dan Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Dr. Christopher Lee. – Edisi 9

Baca juga:   Pemandu jabatan kerajaan disyaki minta wang suapan direman

Terkini

Ikut Mazhab Syafie, Khuzairi boleh kahwini Nurul – PU Azman

DRAMA ‘berhantu’ 7 Hati Mencintaiku musim ketiga (7HMCK3) menghampiri kemuncak pada minggu ini. Drama 7 HMK3 merupakan antara drama yang...

Lagi Artikel Berkaitan