24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pelajar tahfiz antara dua maut motosikal bertembung

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki maut selepas motosikal ditunggangi bertembung dalam kemalangan di Kampung Pangkalan Kala, Pasir Mas, Kelantan malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.31 malam itu, mangsa, Mohd Aizat Abdul Ghani, 22, yang bekerja sebagai mekanik dan Muhammad Amirul Hakim Abdullah, 17, yang juga pelajar tahfiz, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, siasatan awal mendapati ketika kejadian, Mohd Aizat menunggang Honda C70 dari arah Gelang Mas menghala ke Bunut Susu, manakala Muhammad Amirul menunggang Yamaha Ego Solariz dari arah bertentangan.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, kedua-dua motosikal dipercayai bertembung di tengah-tengah laluan.

“Akibatnya, kedua-dua mangsa yang tidak memakai topi keledar terjatuh di tengah-tengah jalan dan parah di kepala.

Advertisements

“Mohd Aizat yang tinggal di Kampung Kedondong Kubang Gadong, Pasir Mas dan Muhammad Amirul beralamat di Kampung Jal Besar, Tumpat, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata, mayat dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan