34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

RM680 juta stabilkan harga barang, subsidi tepung gandum

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memperuntukkan RM680 juta bagi Program Penyeragaman Harga, Program Penstabilan Harga serta Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am, tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM240 juta adalah untuk pelaksanaan Program Penyeragaman Harga membabitkan Pengedaran Barang Perlu, Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Community Drumming.

“Sebanyak RM400 juta pula untuk Program Penstabilan Harga Minyak Masak, manakala RM40 juta lagi Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Ulang Siar Bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Pasar Besar Kota Kinabalu, hari ini.

Nanta berkata, melalui program itu, kerajaan akan menanggung kos pengangkutan serta penghantaran bagi membawa tujuh barangan kawalan daripada pembekal di bandar ke kawasan pedalaman terpilih.

Menurutnya, program berkenaan merangkumi Program Pengedaran Barang Perlu (beras, gula putih peket satu kilogram (kg), tepung gandum kegunaan am peket 1kg/tepung gandum bukan kegunaan am peket 1kg, minyak masak peket 1kg/botol satu liter), LPG dan Community Drumming (petrol RON95 dan diesel).

“Tanpa program ini, barangan berkenaan pasti terpaksa dijual mahal kerana faktor pengangkutan dan transporter, yang kini ditanggung oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan program itu dapat memastikan barangan terbabit dijual mengikut harga ditetapkan, kerana kos penghantaran telah ditanggung oleh kerajaan.

“Saya telah melawat POS (Point of Sales) di Pulau Bum-Bum, POS Mayok, POS Amin dan POS Charleys di Kundasang untuk melihat sendiri bagaimana barang berkenaan dihantar oleh transporter, direkod dan dijual untuk dinikmati penduduk setempat pada harga sama yang dinikmati di bandar di Malaysia.

“Sebanyak 845 POS diwujudkan di Sabah dan jumlah keseluruhan POS di seluruh negara ialah 2,005,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan