32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Cubaan 14 PATI menyusup masuk ke negara gagal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup masuk secara haram ke negara ini gagal selepas ditahan Pasukan Bertindak Pantas (QRF), Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), dalam serbuan yang dilakukan semalam.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, ia susulan Operasi Benteng Bersama dijalankan di kawasan Jeti Pemunggahan Balak, Kampung Hidayat, kira-kira jam 3.40 petang.

Katanya, kesemua PATI warga Indonesia yang menaiki bot laju itu, dikesan tiba di kawasan jeti sebelum dilihat beredar secara tergesa-gesa sebaik semua penumpang diturunkan.

“Bagaimanapun, tindakan pantas Tim QRF berjaya mengepung dan menahan kesemua pati terbabit termasuk tiga lelaki yang cuba melarikan diri.

“Sehubungan dengan itu, mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki dan enam wanita selain tiga kanak-kanak lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan masing-masing berumur antara tiga hingga 69 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Karim berkata, daripada siasatan awal mendapati kesemua PATI dipercayai menggunakan khidmat ejen di Pulau Sebatik sebelum dibawa menaiki bot laju ke Tawau.

“Mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk proses saringan COVID-19.

“Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.- Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan