Saturday, June 13, 2026

Isu MyUbat akibat kekeliruan pelanggan, pegawai – HKL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISU tular di media sosial berhubung perkhidmatan farmasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini, merupakan kekeliruan yang berlaku antara pengadu dan pegawai bertugas.

Pengarah HKL Dr Rohana Johan berkata, kekeliruan itu timbul apabila, perkhidmatan MyUbat yang tidak dapat dilaksanakan sebenarnya adalah bagi ubat tertentu.

“Ini berikutan kekangan stok bekalan yang terhad.

“Jadi, bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos memerlukan pembungkusan dua minggu lebih awal dari tarikh pesakit menerima ubat berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Dr Rohana berkata, perkhidmatan itu akan dilaksanakan seperti biasa apabila stok bekalan ubat kembali normal.

Beliau berkata, pihak HKL pada masa sama sudah mengenal pasti pegawai terbabit dengan isu komunikasi itu serta tindakan sewajarnya bakal diambil bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Pihak HKL akan mengambil tindakan untuk penambahbaikan perkhidmatan di semua kaunter perkhidmatan yang disediakan,”katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang pesakit berkongsi rasa tidak puas hati berhubung perkhidmatan diberikan ketika berurusan dengan ahli farmasi di HKL.- Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan