34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lelaki hilang di Tok Bali ditemui selamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki berusia 22 tahun yang hilang sejak Isnin lepas ditemui selamat oleh penduduk kampung di kawasan paya berdekatan perkampungan nelayan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Ediansha Endal berkata, mangsa Ahmad Zul Mukhriz Zakaria, dijumpai oleh penduduk kampung setelah mendengar suara meminta tolong pada 8.15 malam.

“Mangsa kemudiannya ditemui sedang berpaut pada sebatang pokok dalam keadaan tidak berpakaian.

“Mangsa ketika dijumpai berada dalam keadaan lemah dan terdapat kesan calar di beberapa  bahagian badan sebelum dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dibantu oleh 44 anggota dan pegawai termasuk daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Lembaga Kemajuan  Ikan  Malaysia (LKIM), Rela serta penduduk kampung.

Ujarnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk mendapatkan rawatan dan mangsa dilaporkan stabil.

“Mangsa boleh bercakap dan mengingati kejadian dari awal cuma keadaannya masih lemah,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki berkenaan dilaporkan hilang Isnin lalu jam 12 tengah hari ketika membuang sampah di kampung berkenaan.

Mangsa melarikan diri ke dalam hutan berhampiran perkampungan nelayan di Tok Bali, di sini gara-gara terkejut melihat kereta peronda polis.- Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan