32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Covid-19: Kes kembali bawah paras 3,000, Rt hampir 1.0

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KES harian hari ini kembali di bawah angka 3,000 dengan 2,882 kes, setelah empat hari berturut-turut melebihi paras berkenaan menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 sebanyak 2,764,354 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook rasminya hari ini.

Sementara itu, dalam hantaran terdahulu, Noor Hisham berkongsikan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada semalam untuk seluruh negara adalah 0.99.

Kelantan mencatatkan nilai Rt tertinggi 0.99, diikuti Johor 0.98.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, gelombang varian Omicron berkemungkinan besar akan mula di Malaysia seperti di negara-negara yang lain.

Bagaimanapun menurutnya, ada yang merujuk data kesan jangkitan varian tersebut tidak seteruk jangkitan Delta.

“Namun begitu, kebolehjangkitan Omicron adalah melebihi Delta. Jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukan hospital atau unit rawatan rapi (ICU) meningkat.

“Kementerian Kesihatan mahu mengelakkan sistem kesihatan awam lumpuh. Strategi, memperlahankan Omicron ialah dengan meluaskan liputan dos penggalak, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, mengamalkan ‘Test’, ‘Report’, ‘Isolate’, ‘Inform’, ‘Seek’ (TRIIS), MySJ Trace dan kawalan pintu masuk antarabangsa.

-EDISI9

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan