26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Kanak-kanak bawah 12 tahun di Sarawak akan divaksin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KANAK-KANAK berumur bawah 12 tahun di Sarawak dijangka mula divaksin seawal Februari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Awam, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, Kerajaan Sarawak kini sedang menguruskan proses pemberian vaksin COVID-19 itu.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka memulakan proses vaksinasi pada Februari menggunakan Pfizer-BioNTech.

“Pemberian vaksin untuk kanak-kanak bawah 12 tahun itu sejajar dengan pembukaan semula sesi persekolahan akan datang.

“Memandangkan sesi persekolahan secara fizikal akan bermula, kerajaan Sarawak telah bersedia melaksanakan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sesi persekolahan tahun ini pada mulanya dijadualkan bermula 3 Januari, namun Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk menangguhkan kepada 9 Januari selepas mengambil kira situasi banjir semasa negara.

Dalam perkembangan lain, Dr Kui Hian berkata Sarawak akan memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara esok.

Baca juga:   PPV Stadium Bukit Jalil mula dibuka, tampung 10,000 dos sehari

“Ini memandangkan jumlah kes COVID-19 telah menurun dan sudah hampir 14 hari sejak Pilihan Raya Sarawak Ke-12 berakhir,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mengambil mudah ekoran kemunculan kes varian Omicron Covid-19 di negeri ini.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Safawi ke Ratchaburi FC – JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mengesahkan perpindahan Safawi Rasid ke Liga Thailand secara pinjaman. Berita berkenaan diumumkan dalam kenyataan yang...

Lagi Artikel Berkaitan