25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Banjir: RM33 juta permohonan pinjaman BSN diluluskan

Mesti Baca

SEBANYAK RM33 juta daripada RM93 juta permohonan pinjaman mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk isi rumah telah diluluskan sejak pelancarannya pada 27 Disember lalu sehingga 1 Januari, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, bagi sumbangan GLC Disaster Recovery Network (GDRN) pula, 60 peratus daripada sumbangan berjumlah RM58 juta juga telah berjaya dilaksanakan.

“Berikutan pengumuman kerajaan mengenai pemberian Baucer Pembelian Barangan Elektrik, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA) akan menggunakan mekanisme Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) dimana penerima boleh mula membuat pembelian di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 Januari 2022.

“Pada tarikh yang sama, diskaun dan Baucer Pembaikan Kenderaan juga akan terpakai bagi pembaikan dari 19 Disember 2021,” katanya hari ini.

Sebelum ini beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bertindak Banjir Monsun Timur Laut di Putrajaya hari ini.

Baca juga:   Tiada usul undi percaya terhadap PM, kata Wan Junaidi

Perdana Menteri berkata, permohonan bagi Pinjaman Bantuan Bencana untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) pula telah mula dibuka untuk permohonan pada 27 Disember 2021.

Manakala permohonan moratorium sehingga 6 bulan bagi pinjaman sedia ada pula, jelas beliau, boleh dibuat bermula 19 Disember lalu.

Kata Perdana Menteri, bagi pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (TEKUN) untuk PMKS yang telah diumumkan pada 20 Disember lalu, pelaksanaan telah pun bermula pada 1 Januari 2022 melibatkan dana sebanyak RM30 juta.

Baca juga:   PM baharu perlu miliki sokongan rentas parti, kata penganalisis

Bagi inisiatif Pembersihan dan Pembaikan Infrastruktur Awam pula, kata Ismail Sabri, dana berjumlah RM25 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

“Bagi mereka yang menerima bantuan kerajaan menerusi pembayaran Pemindahan Dana Elektronik (EFT) dinasihatkan agar berhati-hati dengan pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil keuntungan mudah dengan menjalankan aktiviti penipuan (scamming).

“Pelaksanaan semua inisiatif Pascabanjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 akan sentiasa dipantau Task Force (badan betindak) bagi memastikan mekanisme kesiapsiagaan dan pengurusan bencana negara sentiasa diperkemas dan berada pada tahap optimum,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hapus kuasa veto: Netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77...

Lagi Artikel Berkaitan