31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

39 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 39 kes penyakit berjangkit terkini dikesan dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan tiga jenis penyakit berjangkit iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak 33 kes, penyakit kulit (4 kes), dan Acute Gastroenteritis – AGE (2 kes).

Berkaitan situasi semasa bencana banjir, katanya, jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi adalah sebanyak 194 PPS.

“Ia meliputi Johor (70), Pahang (54), Melaka (23), Sabah (23), Negeri Sembilan (22), dan Selangor (2) dengan jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir seramaj 13, 577 orang setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada kes positif COVID-19 baharu dilaporkan melibatkan mangsa banjir hari ini di PPS namun jumlah keseluruhan direkodkan sebanyak 15 kes.

“Sementara itu, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir adalah sebanyak 461 kes dengan satu kes baharu dilaporkan pada hari ini,” katanya yang turut memberitahu tiada kluster baharu di PPS.

Dalam masa sama, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mengadakan perkumpulan ramai di PPS serta memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses pembersihan pascabanjir, selain memastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan terkena air banjir.

“Elak bermain atau meredah air banjir, elak minum air serta makan makanan tercemar. Jaga kebersihan kawasan PPS bagi mengelak penyakit bawaan vektor dan sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran terutama individu berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu mempunyai komorbiditi.

Advertisements

“Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, sebanyak 2,690 kes baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam.

“Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,767,044 kes.

“Setakat ini, 265 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 147 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 3,535 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,695,751,” katanya

Beliau berkata, sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.1 peratus atau 2,638 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.

“Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.9 peratus atau bersamaan 52 kes,” katabya.

Dalam pada itu, menurut beliau, tiga kluster baharu turut dikesan dengan 206 kluster masih lagi aktif sementara 5,931 kluster telah diisytiharkan tamat.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan