24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Harimau kumbang berkeliaran di kandang lembu ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Perak menangkap seekor harimau kumbang jantan di Kampung Asli Kenang Baru Jalong Tinggi, Sungai Siput di Perak semalam.

Perhilitan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kemunculan harimau kumbang berusia enam tahun itu pada 24 Disember lalu sebelum mengarahkan anggotanya melakukan tindakan susulan.

Menurutnya, tiga anggota Perhilitan mengesan kehadiran haiwan terbabit ketika tinjauan dilakukan pada tengah malam 25 Disember lalu apabila haiwan itu didapati berkeliaran sekitar kandang lembu.

“Bagaimanapun usaha menembak haiwan berkenaan menggunakan ubat pelali ketika itu gagal.

“Pada awalnya kita mengambil keputusan untuk menembak haiwan itu menggunakan pelali pada pagi iaitu selepas keadaan beransur terang bagi menjamin keselamatan serta mengelakkan kejadian tidak diingini dalam pada pemantauan dan kawalan di kawasan itu masih diteruskan,” katanya hari ini.

Advertisements

Menurut kenyataan berkenaan, kira-kira pukul 7 pagi 25 Disember, haiwan itu didapati masuk semula ke hutan belukar berhampiran kandang lembu terbabit.

“Susulan itu, kakitangan Perhilitan memasang dua perangkap harimau di kawasan berkenaan dengan pemantauan di kawasan perangkap dipasang itu diteruskan dari semasa ke semasa hingga itu masuk perangkap malam tadi.

Menurutnya, haiwan seberat 37 kilogram itu diserahkan kepada Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk proses pemeriksaan lanjut, rawatan dan pelepasan semula.

“Penduduk kampung dinasihatkan agar sentiasa membersihkan kawasan kandang haiwan ternakan dan kebun serta tidak dibiarkan bersemak sebagai langkah mengurangkan kehadiran hidupan liar di kawasan berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan