29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

243 kejadian tanah runtuh di seluruh negara direkodkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Mineral dan Geosains (JMG) melaporkan sehingga pukul 10 pagi tadi terdapat 243 kejadian tanah runtuh direkodkan di seluruh negara sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, daripada jumlah tersebut terdapat pertambahan enam lokasi di Negeri Sembilan, tujuh di Sabah dan satu di Johor.

Menurutnya, jumlah berkenaan bukan kejadian tanah runtuh hari semasa, tetapi merupakan kumulatif jumlah tanah runtuh dengan pertambahan maklumat sepanjang tempoh MTL.

“Manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan setakat 10.00 pagi, semalam terdapat kejadian cerun dan jalan runtuh di 55 buah lokasi. Ini merupakan lokasi-lokasi yang sedang dalam pemantauan pihak JKR untuk tindakan pembaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, sehingga pukul 10 pagi tadi, sebanyak 1,015 dari 1,040 infrastruktur komunikasi telah dibaik pulih bersamaan 9796 daripada jumlah keseluruhan lokasi yang terjejas.

Menurutnya, sehingga kini, angka keseluruhan adalah kekal sebanyak 1,040 di mana terdapat penambahan satu infrastruktur komunikasi terjejas di Daerah Jempol.

“Baki 25 infrastruktur komunikasi kini masihdalam proses baik pulih. Ini merupakan data kumulatif yang dikumpul bermula 19 Disember 2021.

Dalam perkembangan situasi banjir di seluruh negara, sehingga pukul 4 petang tadi, tujuh buah negeri dilaporkan terkesan dengan bencana banjir.

“Sebanyak 28 daerah di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Sabah masih terjejas.

Menurutnya, seramai 814,216 orang mangsa daripada 4,172 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan sedang berlindung di 182 pusat pemindahan sementara (PPS).

Bagaimanapun di Terengganu, setakat pukul 2 petang tadi, semua PPS telah ditutup.

“Secara keseluruhannya, sejumlah 803 buah PPS telah ditutup di mana 119,380 mangsa daripada 33,708 KIR telah pulang ke rumah masing-masing.

“Jumlah kumulatif manga terkesan bencana banjir di seluruh negara adalah seramai 133,178 orang daripada 37,563 KIR.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan