25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pegawai SPRM terlibat kehilangan RM25 juta didakwa esok

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa terlibat dengan kehilangan wang RM25 juta dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu menerima kebenaran untuk mendakwa seorang pegawai suruhanjaya tersebut di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

“Tiga individu iaitu seorang pegawai SPRM dan dua pengurus syarikat dalam dua kes berbeza didakwa,” kata kenyataan itu hari ini.

September lalu, SPRM menahan tiga pegawainya selepas bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid membuat laporan bahawa sejumlah besar wang tunai yang dirampas suruhanjaya itu ketika menyiasatnya pada 2018 telah hilang.

Sebelum ini, media mendedahkan, seorang daripada tiga kakitangan SPRM disiasat kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah selepas memperoleh kete­rangan beberapa orang saksi.

Advertisements

Siasatan lanjut kemudian dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman bagi mengenal pasti punca bekalan dadah berkenaan diperoleh.

Siasatan awal polis mendapati, pegawai SPRM terlibat disyaki berperanan sebagai tokan namun rangkaiannya tidak terlalu besar.

Sebelum pembongkaran itu, pegawai kanan SPRM gred 44 itu dan dua lagi kakitangan lain ditahan berhubung kehilangan duit barang kes bernilai RM25 juta milik bekas Ketua Pengarah MEIO, Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Ujian air kencing mendapati pegawai terbabit turut positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan