36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KPT, UPSI anjur Program ‘Outreach’ di Bagan Datuk

Mesti Baca

BAHAGIAN Kemasukan IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan Program Outreach Ramah Mesra di Bagan Datuk, Perak mulai esok sehingga Rabu.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, program berkenaan adalah inisiatif UPSI bersama KPT untuk mempromosi dan menyebarluaskan maklumat terkini mengenai peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta Institut Latihan Kemahiran Awam.

“UPSI adalah universiti pendidikan yang unggul yang terletak di negeri Perak dan senantiasa menyokong usaha meningkatkan kemajuan pendidikan anak-anak negeri Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Akademik UPSI, Prof Madya Dr Abdul Rahim Razalli berkata, program itu akan diadakan di Dewan Dato’ Lope’ Hashim, Bagan Datuk mulai jam 9 pagi sehingga 5 petang dan peluang itu perlu diambil penduduk sekitar serta Perak untuk mendapat informasi terkini peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Beliau berkata, sempena program diadakan pameran akademik yang diadakan oleh universiti awam termasuklah UPSI, Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Universiti Putra (UPM).

Selain itu katanya, terdapat juga pameran oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kolej Komuniti, Politeknik, Kolej Vokasional, Yayasan Perak, Majlis Agama Islam, Adat Melayu Perak Darul Ridzuan( MAIPk) serta pemeriksaan kesihatan.

“Program menyasarkan dan mengalu-alukan guru, ibu bapa dan pelajar B40 luar bandar yang akan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar anak Orang Asli serta pelajar-pelajar dari sekolah sukan yang juga kumpulan laluan khas kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

“Justeru, kami menjemput dan mengalu-alukan kunjungan ibu bapa, guru serta pelajar untuk mendapat informasi terkini berkaitan peluang melanjutkan pengajian mengikut minat masing-masing,” katanya.

Menurut beliau selain taklimat oleh Unit Pusat Universiti KPT, pihak UPSI juga memberi taklimat berkaitan peluang kemasukan bagi yang berminat melanjutkan pengajian dala bidang pendidikan.

Majlis pembukaan diadakan pada hari Rabu yang akan dihadiri Pengarah Bahagian Kemasukan IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT, Wahi Nordin. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan