31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

5 unit rumah panjang TTDI musnah terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LIMA buah unit rumah panjang, blok K di Jalan Mohd. Fuad, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur hangus terbakar dalam kebakaran yang berlaku tengah malam tadi.

Komander Operasi Kanan, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan M. Letchumanan berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan daripada MERS999 pada pukul 11.47 malam berhubung kejadian berlaku.

Katanya, seramai 34 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TTDI, Sri Hartamas dan Sentul terus bergegas dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan rumah panjang yang mana lima buah unit rumah dari K6 hingga K10 terbakar.

Advertisements

“Anggaran keluasan kebakaran 50×30 kilometer persegi (kps) dengan kemusnahan 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, petugas bomba kemudianya terus melakukan operasi pemadaman menggunakan teknik attacking dan defensive.

Katanya, kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. 

“Dalam kejadian itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan