30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

4 kes Omicron di Kelantan pulang dari umrah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT kes positif COVID-19 varian Omicron telah dikesan di Kelantan dengan kesemua mereka yang pulang dari Arab Saudi.

Pengesahan lanjut itu dibuat Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau mengulas laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipaparkan di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan kes positif COVID-19 varian Omicron yang dikesan di negeri itu.

Mengulas perkara itu, katanya, tiga daripadanya tiba pada 22 Disember dan seorang lagi pada 19 Disember lalu.

“Daripada hasil siasatan mendapati, tiga individu dijangkiti COVID-19 varian Omicron kategori satu dan mempunyai gejala, manakala seorang lagi kategori satu tidak mempunyai gejala.

“Semua mereka telahpun menjalani kuarantin seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya, lapor BH Online.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, Dr Zaini berkata, individu yang baru pulang dari luar negara disarankan supaya terus menjalani kuarantin wajib dan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.

“Langkah itu bagi mengelakkan penularan COVID-19, terutama varian Omicron kepada individu lain dan pada masa sama dapat mencegah penularan dalam komuniti,” katanya.

Sebelum ini, pada 3 Januari lalu, media melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan tiada lagi kes jangkitan COVID-19 melibatkan varian Omicron dikesan berlaku di negeri berkenaan.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Husin bagaimanapun berkata, kes COVID-19 dan kadar kebolehjangkitan di negeri ini masih lagi tinggi.

“Walaupun Kelantan sudah beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin, namun itu bukan tiket untuk kita merasa bebas,”katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan