25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Had jemaah, aktiviti agama di Kelantan ikut kapasiti mulai hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KELANTAN membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid, surau serta musala mengikut kapasiti ruangan dengan mematuhi penjarakan fizikal 1.6 meter, berkuat kuasa hari ini.

Ketetapan berkenaan dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan solat Jumaat, solat fardu serta aktiviti keagamaan seperti majlis zikir, kelas al-Quran dan kuliah umum di seluruh negeri itu turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

“Prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dikekalkan sebagaimana yang telah dikeluarkan sebelum ini.

“Pihak MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini dan SOP dinyatakan dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau serta musala,” katanya.

Advertisements

Mengulas lanjut, Mohamad Rizam berkata sekiranya didapati mana-mana masjid, surau dan musala melanggar SOP yang ditetapkan, pihaknya akan mengarahkan supaya ia ditutup.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan Sarawak dan Kelantan beralih ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa 3 Januari lepas.

Hishammuddin berkata, ia diputuskan selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dengan peralihan fasa bagi kedua-dua negeri berkenaan, bermakna kesemua negeri di Malaysia telah beralih ke Fasa 4 PPN,”katanya- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan