34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tiga daripada 10 lelaki di Malaysia mati pucuk – NHMS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATA Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2019 menunjukkan tiga daripada 10 lelaki di negara ini mengalami Erectile Dysfunction (ED) atau mati pucuk.

Perkara itu dikongsikan dalam satu hantaran di Facebook oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, masalah berkenaan disebabkan oleh penyakit diabetis dan tabiat merokok.

“Berdepan masalah ereksi tidak tegang seperti yang sepatutnya?

“Menurut NHMS (2019), tiga daripada 10 lelaki di Malaysia mengaku sangat sukar untuk mencapai ketegangan zakar yang mencukupi.

“Masalah Erectile Dysfunction (ED) atau mati pucuk adalah ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ereksi yang mencukupi untuk melakukan hubungan seks,” kongsi kenyataan berkenaan hari ini.

Advertisements

Menurut kenyataan berkenaan, masalah tersebut boleh mempengaruhi lelaki pada semua peringkat umur.

“Melakukan perubahan gaya hidup yang lebih baik dapat membantu mengatasi masalah seksual ini.

“Dengan mendapatkan bantuan daripada pakar perubatan, memahami terapi dan cara mengawal juga akan membantu menguruskan masalah ini dengan lebih baik,” kongsinya.

Dalam kenyataan berkenaan juga turut dikongsikan paparan grafik mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada ED iaitu masalah perubatan, komplikasi saraf tunjang, amalan gaya hidup tidak sihat serta pengambilan ubat-ubatan tanpa arahan dan nasihat doktor.

Selain itu, turut dikongsikan mengenai maklumat pencegahan mati pucuk iaitu tidak merokok, pemakanan sihat, melakukan aktiviti fizikal dan elakkan mengambil alkohol.-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan