24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

10 termasuk 8 kanak-kanak maut dalam nahas 4 kenderaan

Sembilan daripada mangsa yang meninggal dunia merupakan sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu dan lapan anaknya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 10 individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, dekat Subang Jaya, malam tadi.

Kejadian itu melibatkan dua buah Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.42 malam dan seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian didapati nahas membabitkan 17 mangsa, yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia.

Advertisements

“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita, manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, sembilan daripada mangsa itu merupakan sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu dan lapan anaknya.

Jelasnya, bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler terbabit.

“Bagaimanapun, 10 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan