31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Saringan bergilir Covid-19 murid sekolah rendah lancar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAKSANAAN saringan bergilir Covid-19 untuk murid sekolah rendah pada setiap Rabu persekolahan bermula hari ini berjalan dengan lancar serta teratur.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin melihat sendiri proses berkenaan dalam tinjauannya sempena pengoperasian sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sri Damansara 3, hari ini.

Menurut beliau, daripada maklumat pihak sekolah, didapati sebahagian besar murid pernah menggunakan kit ujian air liur berkenaan.

“Pelaksanaan hari ini berjalan dengan baik dan murid dapat mematuhi arahan yang telah diberikan oleh guru-guru dan mereka melaksanakannya secara kendiri di tempat yang disediakan pihak sekolah.

“Kita yakin proses ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan teratur pada minggu berikutnya sehingga sesi persekolahan berakhir pada 11 Disember ini,” katanya sempena tinjauan berkenaan di SK Bandar Sri Damansara 3, hari ini.

Tinjauan berkenaan adalah berhubung ujian kendiri sample 10 peratus dalam kalangan murid sekolah rendah yang hadir yang mula dilaksanakan hari ini dan akan dilaksanakan pada setiap hari Rabu setiap minggu.

Advertisements

Menurut beliau lagi, bagi SK Bandar Sri Damansara ini, dalam kalangan 280 murid yang hadir hari ini, seramai 28 orang yang telah dipilih untuk melaksanakan ujian ini.

“Alhamdulillah, kita lihat anak-anak ini mula memahami tentang kaedah dan tatacara pelaksanaannya di sekolah,” katanya.

26 November lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan semua murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, bagi mencegah penyebaran wabak itu sehingga mewujudkan kluster pendidikan.

Ia menjadi keperluan kepada sekolah rendah yang mana murid di bawah usia kelayakan menerima vaksin, perlu laksanakan ujian saringan mingguan sekurang-kurangnya kepada 10 peratus sampel pelajar di sekolah itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan