26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

18,702 guru pengambilan ‘one-off’ lapor diri hari ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN pertama bagi fasa pertama pengambilan one-off guru seramai 18,702 orang telah mula melaporkan diri di sekolah masing-masing bermula hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, proses pengambilan guru berkenaan telah berjalan dengan teratur dan beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) kerana telah melaksanakan pengambilan tersebut.

“Kami telah bekerjasama rapat bagi memastikan pengambilan ini dapat dilaksanakan dengan cepat dan teratur.

“Saya juga bertemu dengan seorang guru yang baharu mendaftar diri mengajar di sekolah ini pada hari ini,” katanya sempena tinjauan pengoperasian sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sri Damansara 3, Kuala Lumpur hari ini.

Bagi seorang guru bagi fasa pertama pengambilan one-off, Shaharin Mohd Nor, 27, dia menyatakan amat bersyukur dengan rezeki dan peluang yang telah dibuka oleh Kementerian Pendidikan dan Kerajaan khususnya kepada guru-guru yang mengambil iktisas pendidikan untuk mendapat penempatan di sekolah.

Radzi Jidin bertanya khabar dengan Shaharin Mohd Nor (kiri) yang melaporkan diri sebagai guru di SK Bandar Sri Damansara 3, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut guru muzik, graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu yang berasal dari Kuantan, Pahang, dia juga berasa teruja apabila dapat melaporkan diri di hari pertama di sekolah berkenaan dan akan memanfaatkan peluang berkenaan sebaik mungkin.

Advertisements

Jun lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan akan melaksanakan pengambilan khas melibatkan 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 dalam masa terdekat.

Pengambilan berskala besar itu dilakukan secara one-off bertujuan menyelesaikan masalah kekurangan guru.

Iklan untuk pengambilan tersebut akan mula dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) pada Julai.

Inisiatif terbaharu itu adalah hasil perbincangan KPM dan pelbagai agensi yang mendalami isu kekurangan guru yang membelenggu negara sejak dahulu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan