Tuesday, July 21, 2026

Harga petrol RON95, diesel kekal; RON97 turun 3 sen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 8 Disember ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, bagaimanapun, harga runcit petrol RON97 turun 3 sen kepada harga RM3.02 seliter berbanding RM3.05 minggu lalu.

Menurut kementerian itu, harga runcit produk petroleum secara mingguan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Ia bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

“Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

“Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan,” katanya.

Bagaimanapun, kementerian berkata, kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan