25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

5,439 kes baharu harian, 6 lagi kluster baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian Covid-19 hari ini merekodkan angka melebihi 5,000 dengan 5,439 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes harian tersebut menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,638,221 kes kini.

Menurut beliau, kes sembuh merekodkan 6,803 kes, mengatasi kes harian hari ini dan menjadikan 2,544,007 kes kumulatif atau 96.4 peratus.

“Daripada kes harian, sebanyak 21 kes melibatkan kes import dengan 15 warganegara dan enam bukan warganegara.

“Penularan tempatan merekodkan sebanyak 5,418 kes [5,229 warganegara (96.5 peratus); 189 bukan warganegara (3.5 peratus)].

Advertisements

“Terdapat sebanyak 105 kes yang dilaporkan (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5; manakalaa 5,334 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak enam kluster baharu lagi direkodkan.

“Sehingga kini sebanyak 226 melibatkan kluster aktif dan kluster telah tamat berjumlah 5,727 kluster,”katanya.

Berhubung rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), katanya, sebanyak 500 kes dilaporkan (400 kes disahkan COVID-19 ; 100 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan :adalah sebanyak 258 kes (161 kes disahkan COVID-19 ; 97 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan