24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tangguh fasa endemik tidak jejas sektor pengangkutan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEKTOR pengangkutan negara tidak terjejas meskipun keputusan kerajaan menangguhkan sementara peralihan ke fasa endemik ekoran penularan varian baharu COVID-19, Omicron.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata kementerian akur dengan keputusan Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 itu.

“Semalam saya pun hadir (mesyuarat itu). Cuma untuk lihat ke arah endemik ini memang ada strateginya, saya rasa itu tidak menjadi masalah,” katanya pada perasmian Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) hari ini.

Kompleks berkenaan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi.

Ka Siong berkata, pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pemerhatian dan penilaian mengenai situasi dalam negara.

Semalam Edisi 9 melaporkan kerajaan memutuskan untuk memperhalusi semula langkah bagi mengumumkan fasa peralihan ke endemik sehingga mendapat maklumat lanjut berhubung varian baharu COVID-19, Omicron.

Advertisements

Mengenai KL ATCC, Ka Siong berkata, pembinaannya bagi memperkukuh dan memperkasa pengurusan serta pemantauan ruang udara negara.

Beliau berkata, ini selaras dengan pertumbuhan dan perkembangan pesat industri penerbangan awam di Malaysia sejak 2013.

Sehubungan itu, katanya, projek KL ATCC baharu diluluskan kerajaan sebagai salah satu pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang telah dimulakan pada 18 Januari 2016.

“Dengan rekaan bangunan berbentuk layang-layang tradisional tempatan atau wau bersama sentuhan moden, KL ATCC bukan sahaja menempatkan operasi perkhidmatan trafik udara bagi seluruh ruang udara Semenanjung Malaysia, malah turut menempatkan Pusat Mencari dan Menyelamat Negara serta Pusat Koordinasi Pengurusan Ruang Udara Bersama (JAMCC),” katanya.

Ka Siong berkata, kejayaan pembangunan projek KL ATCC baharu ini adalah merupakan sebahagian daripada pencapaian Keluarga Malaysia yang amat membanggakan sekali.

Berdasarkan kepada tenaga mahir tempatan yang telah digunakan dan juga ilmu yang ditimba dalam tempoh pelaksanaan projek KL ATCC baharu ini, jelas beliau, tentunya ia menjadi satu aset yang penting untuk negara dalam memastikan kita mampu untuk berdiri sendiri dan seterusnya menyokong kemajuan serta pembangunan pelbagai industri lain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan