24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Shahidan umum KL, Putrajaya, Labuan cuti Jumaat ini

Susulan kejayaan KL City FC menjulang Piala Malaysia buat kali pertama selepas 32 tahun menewaskan JDT 2-0 malam tadi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SUSULAN kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjulang Piala Malaysia malam tadi, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cuti pelepasan am bagi seluruh warga Wilayah Persekutuan, Jumaat ini.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, cuti berkenaan sejajar Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 396].

“Pemberian itu bukan untuk publisiti sebaliknya menghargai usaha yang dilakukan pemain KL City FC.

“Saya faham perasaan mereka (pemain) yang berjuang berhabis-habisan untuk menjuarai Piala Malaysia,” ujarnya sambil menyatakan pernah merasai situasi seumpama itu ketika menjadi Menteri Besar Perlis yang mana Singa Utara mencatatkan dua kali kejayaan merangkul Piala Malaysia.

Ketika di tanya sama ada akan memberi imbuhan lain, Shahidan memaklumkan, ia akan diumumkan secara berperingkat.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Putrajaya Command Centre (PCC) di Perbadanan Putrajaya dan ikonik terbaharu wilayah itu, Tangga Putrajaya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Shahidan berkata, kemenangan KL City malam tadi adalah pencapaian terbaik setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi tahun 1989 lalu.

Advertisements

“Justeru adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat, 3 Disember 2021 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC,” katanya.

Sebelum itu, menerusi satu hantaran di Facebook, Shahidan melahirkan rasa terkilan kerana kehadirannya di Stadium Nasional Bukit Jalil langsung tidak dipeduli oleh pihak penganjur.

Bukan sahaja beliau tidak diundang untuk turun menyampaikan hadiah kepada pemenang malah namanya langsung tidak disebut dalam ucapan.

“Semalam saya hadir perlawanan bola sepak KL City lawan JDT. KL City champion. Tahniah. Pengacara tidak jemput saya turun ke padang. Pengacara juga tidak sebut nama saya… Sokay (It’s okey),” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Barangkali pengacara masih keliru memandangkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan sebelum beliau, Tan Sri Annuar Musa kelihatan paling “sibuk” sepanjang majlis penyampaian hadiah tersebut. Annuar merupakan Presiden KL City.

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia siri ke-100 itu, KL City yang kali pertama tampil di pentas final selepas 32 tahun berjaya membenam pasukan paling berjaya, JDT dengan jaringan 2-0. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan