25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

65 pelajar Seri Puteri positif COVID-19 ditempatkan di MAEPS

Mereka adalah sebahagian daripada kira-kira 200 pelajar yang menjalani saringan RTK oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang

Mesti Baca

SERAMAI 65 pelajar tingkatan satu dan dua Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang dijangkiti COVID-19 kini ditempatkan di Pusat Kawalan dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersatu di MAEPS Serdang.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, mereka adalah daripada kira-kira 200 pelajar yang menjalani saringan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang malam tadi.

“Pelajar yang positif kini di MAEPS, Serdang untuk pemantauan lanjut. Esok (hari ini) PKD akan lakukan ujian saringan ke atas baki pelajar.

“KPM dan PKD Sepang serta pihak sekolah bekerjasama rapat untuk memastikan keselamatan pelajar,” katanya selepas membuat tinjauan ke sekolah itu di Cyberjaya malam tadi.

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid dan Pegawai PKD Sepang, Dr Mohd Nasir.

Radzi berkata, kes COVID-19 di sekolah berasrama penuh (SBP) tersebut berpunca daripada seorang guru yang dijangkiti penyakit tersebut.

Advertisements

Hasil saringan kontak rapat didapati seorang lagi guru dan enam pelajar turut positif COVID-19.

Bagaimanapun, kesemua enam pelajar tersebut serta 121 kontak rapat telah dipotong gelang dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pada 9 Oktober lepas, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan mana-mana sekolah yang dikesan mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup selama tujuh hari, tanpa menunggu analisis risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Institusi pendidikan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka mula beroperasi pada 31 Oktober lepas.

Operasi institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) itu adalah berdasarkan peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 18 Oktober lepas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan