28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

144 mohon bantuan francais mikro, mampu milik – PM

Lapan francaisor, 29 francaisi telah mendapat bantuan dengan peruntukan tahun semasa RM4.5 juta.

Mesti Baca

SEBANYAK 144 permohonan daripada francaisor dan potensi francaisi bernilai RM22 juta diterima di bawah Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik tahun ini tahun ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak lapan francaisor dan 29 francaisi telah mendapat bantuan kerajaan menerusi program itu dengan peruntukan tahun semasa sebanyak RM4.5 juta.

Melihat sambutan yang menggalakkan itu, beliau berkata, kerajaan berhasrat untuk meneruskan program tersebut tahun hadapan yang diwujudkan bagi membantu golongan B40 dan M40 menceburkan diri
dalam industri francais.

“Kerajaan berhasrat untuk meneruskan program ini pada tahun hadapan dan akan memastikan lebih ramai dapat menerima manfaat terutamanya Keluarga Malaysia dari kumpulan B40 dan M40.

“Kejayaan Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik ini juga amat penting kerana ia merupakan sebahagian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 100 Hari Jemaah Menteri yang dinilai di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Francais Malaysia 2021 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Persatuan Francias Malaysia (MFA) di Putrajaya, malam tadi.

Hadir sama Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalannya, Datuk Rosol Wahid.

Ismail Sabri berkata, sehingga kini, sebanyak 1,093 syarikat francais berdaftar di bawah KPDNHEP dengan 616 daripadanya adalah jenama tempatan manakala 409 lagi francais asing.

Advertisements

Beliau berkata, pada masa francais tempatan telah berjaya bertapak di lebih 70 negara di seluruh dunia outlet jenama francais Malaysia
terbanyak adalah di Arab Saudi dengan 744 outlet, Indonesia (670), Amerika (424) serta beberapa negara lain.

“Setakat ini, industri francais telah menyediakan lebih 80,000 pekerjaan dan menyumbang lebih RM1.4 bilion dalam kitaran ekonomi setahun melalui pembayaran gaji kepada para pekerja di syarikat-syarikat francais.

“Untuk makluman, pada 30 November 2021, nilai jualan industri francais mencecah RM14.6 bilion, melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu RM13 bilion dengan peningkatan hampir 10 peratus pada tahun sebelumnya, walaupun tahun kewangan semasa belum berakhir dan dunia masih berhadapan cabaran impak COVID-19,” katanya.

Sementara itu Perdana Menteri berkata, industri francais dijangka terus menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara mulai tahun ini hasil pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Katanya, kerajaan akan terus menyokong pembangunan dan pertumbuhan industri francais demi memastikan lebih ramai pemain industri dapat dilahirkan serta lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk Keluarga Malaysia.

Di bawah Bajet 2022, jelasnya, pelbagai inisiatif turut dirangka untuk
membantu usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) menerusi pelbagai kementerian dan agensi yang terlibat.

“Khusus untuk pembangunan francais dan jualan langsung, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi mendorong industri francais berkembang dengan lebih pesat,” katanya.

Sebanyak 13 kategori telah dipertandingkan melibatkan penggiat francais tempatan dan antarabangsa yang menyaksikan Global Art & Creative Sdn Bhd (Global Art) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Francais Terbaik 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan