Thursday, July 23, 2026

Perak antara 9 negeri alami cuaca buruk pagi ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah yang dijangka berlaku sehingga pukul 8 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, penduduk sembilan negeri terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada pagi ini.

“Di Perak, kawasan yang bakal mengalami hujan lebat berserta ribut petir ialah Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Kelantan melibatkan kawasan di Gua Musang,” katanya.

Sementara itu di Pahang melibatkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Kuantan dan Bera manakala di Selangor cuaca yang sama diramal berlaku di kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Selain itu, cuaca sama dijangka melanda seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, seluruh negeri Melaka diramal alami cuaca buruk manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.

“Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” katanya lagi. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan