26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Proton, Perodua tawar diskaun kepada pelanggan terjejas banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRIHATIN dengan nasib yang menimpa mangsa banjir, Proton menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti terpilih serta caj buruh, perkhidmatan tunda dan pembersihan percuma buat para pelanggannya yang terjejas dalam bencana tersebut, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya sedar fenomena banjir baru-baru ini telah menjejaskan beribu orang terutama sekali di Selangor dan Shah Alam, di mana terletaknya ibu pejabat Proton.

“Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal serta perniagaan mereka dan ini termasuk kereta mereka.

“Oleh itu, kami ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi keyakinan bahawa pelanggan kami adalah keutamaan utama syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pihaknya menasihati pelanggan yang terjejas akibat banjir untuk terus ke pusat perkhidmatan kami supaya dapat menikmati faedah ini.

“Selain itu, alat gentian tulen akan diberi jaminan jadi mereka yakin kualiti kerja pembaikan kami.

Baca juga:   Jualan Proton 126,682 unit, meningkat 10.4 peratus

“Proton agak bertuah kerana banjir baru-baru ini tidak menjejaskan barisan pengeluaran kami tetapi lebih daripada 1,000 warga Proton telah terjejas,”katanya.

Diskaun sebanyak 20 peratus bagi alat ganti tertentu dan caj buruh akan diberi kepada semua pelanggan yang terjejas dengan hanya mengemukakan laporan polis tentang kejadian banjir itu.

Selain itu, caj tunda sebanyak RM200 dan caj pembersihan bahagian luar dan ruang enjin sebanyak RM100 akan dibayar oleh syarikat.

Baca juga:   Perginya 'sifu' dan mentor politik Perdana Menteri

Sementara itu, usaha yang sama turut dilakukan Perodua yang turut menawarkan bantuan seperti rebat perkhidmatan tunda kenderaan, diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma kenderaan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, perkhidmatan tambah nilai itu disediakan bagi membantu meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh pelanggannya semasa bencana ini.

“Pelanggan Perodua boleh membuat tuntutan untuk perkhidmatan menunda kenderaan maksimum sehingga RM100 di pusat servis Perodua berhampiran mengikut kepada terma dan syarat.

“Selain itu, Perodua juga turut menawarkan potongan 20 peratus untuk alat-alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaan mereka rosak akibat banjir.

“Alat-alat ganti tulen kami disertakan dengan jaminan pengeluar dan kami meminta para pelanggan kami untuk tidak menggunakan sebarang alat ganti tiruan kerana ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan mereka,” katanya.-Edisi 9

Baca juga:   Raikan yang baru, bekas petugas Utusan lama jangan dilupakan - Najib

Wartawan

Terkini

56 set tren LRT laluan Kelana Jaya mula operasi suku ketiga 2023

SEBANYAK 56 set tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka akan mula beroperasi secara berperingkat pada suku...

Lagi Artikel Berkaitan