27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 21, 2022

22,875 mangsa banjir, 24 terkorban di Selangor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir di Selangor semakin berkurangan apabila seramai 22,875 orang dipindahkan setakat 8 malam tadi, meliputi lapan daerah dan 18 mukim.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 30,632 orang kelmarin.

Beliau berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 5,165 keluarga itu ditempatkan di 125 pusat perpindahan sementara (PPS).

“Alhamdulillah, gerak kerja rapat dengan bantuan 3,326 anggota termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus berusaha dalam operasi mengurus termasuk mencari dan menyelamat (SAR) mangsa banjir,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, dalam ikhtiar yang diusahakan ini, dukacita dimaklumkan bahawa setakat semalam, tragedi banjir ini telah mencatatkan kematian 24 orang korban.

“Kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada semua keluarga terbabit dan berharap semoga mereka diberi kesabaran, kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi musibah ini,” katanya.

Sementara itu ketika melawat kawasan tanah runtuh di Genting Peras dan Sungai Lui, Amirudin telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk disalurkan ke Hulu Langat bagi memulihkan infrastruktur yang rosak teruk akibat banjir kali ini.

Baca juga:   Zizie Izette didakwa terima wang tunai RM2.2 juta

Pada masa yang sama beliau mengarahkan agar kawasan tanah runtuh berkenaan dibaiki segera.

Mengenai keluhan orang ramai berhubung syarat ketat yang dikenakan oleh mangsa banjir untuk mendapatkan bantuan kerajaan negeri, beliau berkata, perkara itu akan dilihat semula.

“Saya mendengar keluhan dan rintihan rakyat berkenaan permohonan bantuan banjir. Insya-Allah kita akan utamakan keperluan rakyat dan tidak membebankan dengan permohonan yang rumit dan sulit.

Baca juga:   Selangor larang guna kalimah Allah dalam Bible

“Borang sebelum ini tidak terpakai dan akan diganti dengan sistem yang lebih mudah,” katanya menerusi Facebook.

Keadaan banjir di Lembah Klang terutama Selangor disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan utama ditutup.

Hujan berterusan kadang kala lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai tidak bersedia dan terperangkap di kediaman atau di dalam kenderaan di jalan utama dinaiki air.-Edisi 9

Terkini

Lebih setengah juta pelancong asing memasuki negara sejak 1 April

SEKTOR pelancongan yang paling teruk terjejas ekoran pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu kini kembali menampakkan pertumbuhan positif, kata...

Lagi Artikel Berkaitan