29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

3,510 kes baharu, 6 lagi kluster hari ini – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini mencatatkan sebanyak 3,510 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes harian tersebut menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini sebanyak 2,731,713 kes.

Menurutnya, sebanyak enam kluster baharu lagi dilaporkan hari ini.

“Pertambahan itu, menjadikan kluster aktif kini mencecah 231 kluster dengan jumlah keseluruhan kluster yang dilaporkan sepanjang pandemik melandan iaitu sebanyak 6,094 kluster.

“Sementara itu, kes sembuh merekodkan sebanyak 4,998 kes sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,652,585 kes kumulatif atau 97.1 peratus.

“Daripada kes baharu tersebut, 95 kes daripadanya adalah kes import yang membabitkan seramai 80 warganegara dan 15 bukan warganegara.

“Penularan tempatan pula sebanyak 3,415 kes, 3,255 warganegara (95.3 peratus); 160 bukan warganegara (4.7 peratus).

“Terdapat 59 kes yang dilaporkan daripada kes harian (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5; dan 3,451 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 329 kes dengan 255 kes disahkan COVID-19; 74 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 179 kes (121 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),”katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan