30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Banjir: PM arah 4 agensi buat laporan harian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan empat agensi yang terlibat dalam pengurusan banjir untuk membuat laporan harian kepada seluruh negara bermula hari ini.

Menurut beliau, empat agensi yang dimaksudkan adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya telah mengarahkan NADMA, PDRM, BOMBA dan ATM untuk membuat laporan harian kepada seluruh Keluarga Malaysia mulai hari ini.

“Penglibatan daripada seluruh barisan hadapan kerajaan yang membantu bencana ini harus berada di tahap sentiasa bersedia,” katanya menerusi ciapan di twitter hari ini.

Sidang media diadakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Ismail Sabri berkata, sidang media harian akan dimulakan oleh Ketua Polis Negara pada pukul 10 pagi diikuti oleh Panglima ATM pada 12 tengah hari manakala Ketua Pengarah JBPM pada 2 petang sebelum diakhiri oleh Ketua Pengarah NADMA pada 4 petang.

Beliau yakin dengan laporan harian tersebut dapat memberikan gambaran jelas situasi terkini bencana di seluruh negara.

– Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan