31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 23, 2022

PRN Sarawak: Ali Biju tak boleh tarik diri selepas penamaan calon

Perkara itu termaktub di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju tidak boleh menarik diri untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, calon pilihan raya tidak boleh membuat keputusan menarik diri selepas penamaan calon selesai pada pukul 10 pagi.

Menurutnya, perkara berkenaan adalah seperti yang termaktub di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Sekiranya calon menyatakan hasrat untuk menarik diri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengeluarkan nama beliau daripada pencalonan dan namanya akan terus kekal pada kertas undi.

“Ali masih akan diumumkan sebagai pemenang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian sekiranya mendapat undian tertinggi walaupun selepas penarikan diri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Baca juga:   Parlimen: Pemilihan Timbalan YDP Dewan Rakyat ditangguh

Dr Wan Junaidi mencadangkan agar Datuk Ali meneruskan kempen dengan memberi sokongan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Friday Belik.

“Ini adalah langkah terbaik untuk memastikan pengundi tidak berada di dalam keadaan keliru,” jelasnya.

Semalam, Ali membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas di Krian.

Ali membuat kejutan pada hari penamaan calon Isnin lalu apabila bertanding sebagai calon Bebas di Krian sekali gus bertentangan dengan prinsip dibawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk tidak bertanding di Sarawak.

Baca juga:   Kawal selia BNM ke atas TH sehingga RCI selesai - MOF

Terdahulu, Edisi9 melaporkan keputusan Ali yang menarik diri daripada bertanding atas tiket bebas dalam PRN Sarawak Ke-12 melegakan pucuk pimpinan Bersatu, terutama Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) memuji tindakan Ali yang diancam digugurkan sebagai ahli Bersatu sekiranya meneruskan hasrat bertanding di kerusi Dewan DUN Krian.

Ini kerana keputusan Ahli Parlimen Saratok yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu “menyelamatkan” hubungan setiakawan Bersatu dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), parti pemerintah Sarawak ketika ini.

-EDISI9

Terkini

Najib nafi kerajaan bakal berbelanja bilion bantu Sapura

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan bakal membelanjakan berbilion ringgit untuk melaksanakan cadangannya berkenaan penyelamatan...

Lagi Artikel Berkaitan