Thursday, July 23, 2026

APM tangkap dua ekor ‘anakonda’ di Terengganu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA ekor ular sawa batik bersaiz gergasi atau ‘anakonda’ ditemui di Marang, Terengganu.

Memetik ciapan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), reptilia yang masing-masing seberat 250 kilogram (kg) dan lebih 100 kg itu mengejutkan beberapa pekerja di sebuah tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka, Marang.

“Ular sawa pertama seberat 250kg dan sepanjang kira-kira 5.8 meter, manakala ular kedua seberat lebih 100kg dan sepanjang 4.2 meter,” demikian ciapan tersebut.

Menerusi ciapan tersebut, empat keping gambar turut dimuat naik di laman Twitter rasmi APM.

Gambar-gambar tersebut memaparkan anggota APM sedang mengeluarkan reptilia berkenaan daripada tapak pembinaan.

Difahamkan, anggota APM terpaksa menggunakan jentolak untuk memindahkan dua ekor ular sawa batik yang ditemukan berkenaan, kelmarin.

Dua ekor ular sama yang ditangkap di Kampung Gong Nangka, Marang, Terengganu.

Ular pertama seberat 250 kilogram sepanjang 5.79 meter ditemukan pada jam 1.55 tengah hari, manakala ular kedua pula ditemukan berhampiran lokasi sama pada 3.15 petang.

Pasukan APM mengambil masa 25 minit untuk menangkap dan memindahkannya ke dalam lori APM menggunakan jentolak dengan bantuan orang awam.

Kedua-dua ular itu akan diserahkan kepada Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman untuk tindakan lanjut.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan