25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 22, 2024

Air sungai bertukar warna hijau gara-gara aktiviti kilang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AIR Sungai Kechau Tui, Lipis, Pahang, yang bertukar warna hijau menjadi tanda tanya sehingga tular di laman sosial Facebook sejak semalam mendapat perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata, satu kes disiasat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cameron Highlands setelah beliau menerima aduan yang ditanda ke Facebooknya iaitu Sungai Jelai di Kampung Seberang Jelai dicemari dan bertukar menjadi biru kehijauan.

Menurutnya, pasukan penyiasat telah menyusuri anak sungai dan mendapati punca pencemaran tersebut daripada sebuah kilang.

“Longkang belakang premis menjadi tempat membilas bekas IBC dye biru.

“Sepuluh kompaun telah dikenakan kepada pemilik premis. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, siasatan dan pemantauan lanjut akan diteruskan.

“Terima kasih pengadu dan JAS Cameron Highland yang telah bertindak dengan segera,” katanya.

Terdahulu, video dan gambar perubahan warna air itu dimuat naik seorang pengguna media sosial, Man Teybor menerusi kumpulan Facebook Laman Loghat Pahang (LPP) mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata netizen juga terkejut dan ingin mengetahui punca perubahan air sungai itu, malah tidak kurang menganggap kejadian itu penuh misteri.

Mereka juga meminta JAS segera menjalankan siasatan terhadap isu itu.

-EDISI9

Terkini

Malaysia guna kaedah Jepun tangani bencana negara – Zahid

MALAYSIA bakal mengaplikasikan beberapa kaedah baharu yang digunakan oleh Jepun dalam pengurusan bencana di negara itu, termasuk penggunaan teknologi...

Lagi Artikel Berkaitan