Wednesday, July 22, 2026

Pertandingan ratu cantik ‘unta’ tawar hadiah lumayan RM272 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAMAI penternak tidak melepaskan peluang menghantar unta milik mereka untuk bersaing merebut hadiah wang berjumlah 49 juta pound (RM272 juta)dalam pertandingan ‘ratu cantik’ sempena Festival Unta Abdulaziz di Arab Saudi.

Pertandingan yang diadakan di padang pasir timur laut di ibu negara Riyadh itu memilih pemenang berdasarkan bentuk kepala, leher, bonggol, pakaian dan postur unta.

Bagaimanapun, lebih 40 unta tersingkir selepas puluhan haiwan itu didapati menerima suntikan Botox dan hormon penggalak otot.

Memetik laporan AFP, juri pertandingan memaklumkan mereka menggunakan teknologi ‘khas dan terkini’ bagi mengesan sebarang operasi pembedahan kosmetik yang dijalankan terhadap haiwan itu.

Juri mendapati tahun ini puluhan penternak menggunakan suntikan hormon untuk menguatkan otot haiwan serta menyuntik kepala dan bibir unta dengan Botox supaya kelihatan lebih besar.

Suntikan itu bukan sahaja tidak adil kepada kepada penternak lain, tetapi merisikokan haiwan itu dengan kecederaan yang berbahaya.

Disebabkan itu, penganjur akan mengenakan penalti lebih ketat terhadap penyertaan yang melakukan penipuan tersebut. – Agensi

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan