25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

Polis tahan enam suspek kes buli di MRSM Sultan Azlan Shah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kesemua suspek berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan berkaitan kes berkenaan kira-kira 6 petang.

Setakat ini enam pelajar telah ditahan semalam dan mereka masih berada dalam tahanan sehingga kini,” katanya di sini hari ini, lapor Bernama.

Tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai, tular di media sosial menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat, hingga menerima kecaman orang ramai.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 1 hingga 2 pagi pada 9 Dis melibatkan tujuh suspek remaja dan seorang mangsa yang kesemuanya berusia 13 tahun.

Baca juga:   Polis cari penerbit, pelakon video promosi judi online

Susulan itu, pihak polis memanggil kesemua pelajar terlibat dan pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kerajaan pandang serius isu keciciran pendidikan Orang Asli

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli yang mencatat lebih 10 peratus. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan