24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis Negeri Sembilan sedia bantu kesan ‘Long Tiger’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Negeri Sembilan sedia membantu Kontinjen Johor mengesan lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang lolos daripada tahanan ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor Rabu lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, walaupun tiada pasukan khas ditubuhkan setakat ini, pihaknya sentiasa bersiap siaga selain semua anggota di lapangan telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Sebarang kemungkinan boleh berlaku (Long Tiger memasuki sempadan Negeri Sembilan) dan kita sedia membantu polis Johor mengesan suspek. Semua elemen dan petugas telah dimaklumkan berhubung kes tersebut,” katanya lapor Bernama.

Pada 15 Disember lepas, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid menghadiri prosiding di Mahkamah Majistret Tangkak bagi perbicaraan kes berkait Seksyen 388 Kanun Keseksaan, sebelum terlepas daripada tahanan kira-kira 11.55 pagi.

Advertisements

Dalam pada itu, Mohamad berkata, polis Negeri Sembilan merekodkan kutipan bayaran saman berjumlah RM5.46 juta membabitkan 111,116 kes dalam tempoh lapan hari sejak pelaksanaan tawaran diskaun 80 peratus saman trafik sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula 9 Dis lepas.

Beliau berkata jumlah transaksi yang dibuat di kaunter cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) negeri melalui bayaran tunai dan e-pembayaran dengan kad kredit atau debit merekodkan sebanyak 2.3 peratus iaitu RM122,600 daripada keseluruhan kutipan bayaran saman setakat semalam, “katanya.

Sehubungan itu, Mohamad menasihatkan orang ramai supaya merebut peluang berkenaan selain tidak menunggu sehingga tarikh akhir 31 Disember untuk membuat pembayaran saman trafik terutama di kaunter trafik di IPD bagi mengelakkan kesulitan.

Pada 12 Disember lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata tempoh tawaran diskaun pembayaran saman yang dijadual berakhir 12 Disember, dilanjutkan hingga 31 Disember bagi memberi masa lebih panjang untuk orang ramai menjelaskan saman.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan