28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Keluarkan kata-kata jelik, penjual nasi lemak didakwa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penjual nasi lemak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak, hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik pada 9 Mei lalu.

Memetik laporan Metro Online, tertuduh, Roshafeez Abdul Hamid, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Mengikut pertuduhan, Roshafeez secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook (FB) dengan menggunakan profil Apit Wan Lebo pada jam 1.30 petang, 9 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Advertisements

Pendakwaan dikendalikan oleh Liyana Zawani Mohd Radzi manakala tertuduh diwakili peguam, Sukhdave Singh dan Keshvinder Singh.

Liyana memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000, bagaimanapun peguam memohon ia dikurangkan berikutan tertuduh hanya berpendapatan RM1,500 sebulan dan mempunyai tanggungan isteri serta lima anak.

Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 25 Januari tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan