25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

4,362 kes baharu harian COVID-19, 12 kluster lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 4,362 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,711,764 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu tersebut, sebanyak 28 kes adalah kes import.

“Ia melibatkan seramai 13 warganegara dan 15 bukan warganegara.

“Penularan tempatan pula melibatkan sebanyak
4,334 kes melibatkann 4,099 warganegara (94.6 peratus); 235 bukan warganegara (5.4 peratus).

“Terdapat 89 kes (2.0 peratus) yang dilaporkan adalah daripada kategori 3, 4, dan 5; dan 4,273 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Advertisements

Katanya, kes sembuh hari ini merekodkan sebanyak 5,098 kes (2,625,245 kes kumulatif, 96.8 peratus).

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 400 kes (315 kes disahkan COVID-19; 85 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Manakala, kes memerlukan bantuan pernafasan: 198 kes (143 kes disahkan COVID-19; 55 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),”katanya.

Dalam pasa itu, katanya, sebanyak 12 kluster lagi dilaporkan hari ini.

“Jumlah kluster yang telah tamat direkodkan sebanyak 5,817 kluster dan jumlah kluster aktif sebanyak 257 kluster,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan