25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Meta, Facebook bakal berdepan tindakan – SKMM

SKMM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan menyalahguna platform dalam talian dan telekomunikasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGENDALI laman media sosial, Meta bakal dikenakan tindakan undang-undang Malaysia kerana tidak bersungguh-sungguh menyekat kandungan yang memudaratkan di dalam platform mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam satu kenyataan berkata, Meta yang mengendalikan laman Facebook gagal memberi kerjasama sepenuhnya untuk menurunkan kandungan yang mengandungi elemen 3R (bangsa, agama dan raja), penyamaran, judi dalam talian serta iklan penipuan.

“Maklum balas pihak Meta yang lembap dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini mengundang kebimbangan dan penelitian awam.

“Memandangkan tahap kerjasama diberikan oleh Meta adalah tidak memadai, pihak SKMM tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta sebagai langkah untuk memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat di alam digital,” menurut kenyataan itu.

Advertisements

Bulan lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan berjumpa dengan pengurusan platform Meta bagi membincangkan isu penipuan dalam talian yang dilihat masih berleluasa sehingga kini.

Mengulas lanjut, SKMM berkata, tindakan undang-undang itu perlu dalam menyemai kebertanggungjawaban keselamatan siber selain memperkasa perlindungan pengguna terhadap kandungan memudaratkan, termasuk juga aktiviti penipuan.

“SKMM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan menyalahguna platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian secara berterusan untuk aktiviti siber berniat jahat dan phishing.

“Ataupun sebarang kandungan menganggu-gugat kestabilan kaum, keharmonian sosial serta penghinaan terhadap institusi diraja,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan