27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Kawasan longgokan barang kitar semula terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KAWASAN longgokan barangan kitar semula yang terdapat di sebuah kilang di Jalan Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam, Selangor terbakar hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.33 tengah hari tadi.

“Seramai 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Balai Bomba Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah kilang kitar semula berkeluasan 150×300 kaki persegi.

Advertisements

“Siasatan mendapati kebakaran telah berlaku di tempat longgokan barangan kitar semula berkeluasan 50×50 kaki persegi yang musnah terbakar 50 peratus,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pemadaman terus dijalankan dengan bantuan dua buah ekskavator milik kilang tersebut yang ada di dalam premis itu.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam lebih kurang jam 2 petang tadi.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut,”katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan