26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Agong, Sultan Selangor menziarahi makam Nabi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat bersama menziarahi makam dan Raudhah Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi semalam.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Istana Negara, baginda berdua turut berkenan menunaikan solat fardu Maghrib dan Isya’ serta solat-solat sunat di pekarangan makam Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Turut berangkat sama, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Selesai solat Isya’, baginda berdua disertai Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin membaca doa salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Advertisements

Ianya disusuli dengan keberangkatan ke Raudhah Nabi Muhammad S.A.W untuk menunaikan solat sunat di situ.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta delegasi dijadualkan berangkat ke Kota Suci Mekah hari ini (Jumaat, 23 Jun 2023) untuk menunaikan ibadah haji. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan