33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Zulinda wanita pertama dilantik Laksamana Pertama Maritim

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEPTEN Maritim Zulinda Ramly melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama yang dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Pertama Maritim bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)

Maritim Malaysia berkata, Zulinda, 46, merupakan antara sembilan pegawai yang dinaikkan pangkat dalam satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Katanya, Zulinda memegang banyak portfolio serta mengetuai pelbagai operasi khas melibatkan jenayah rentas sempadan, mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) untuk negeri-negeri di utara semenanjung.

“Beliau juga bertindak sebagai Ketua Gugus Tugas Operasi Benteng (KGT 24.1) dalam menangani kemasukkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) semasa pandemik COVID-19.

“Ibu kepada empat cahaya mata ini merupakan bekas Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum ditukar lantik ke Maritim Malaysia pada 15 Oktober 2008 dan memiliki Diploma Pengurusan Teknologi (Pengangkutan Pertahanan Maritim) dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah menerima kenaikan pangkat daripada Laksamana Pertama Maritim kepada Laksamana Muda Maritim dan ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

Selain itu, katanya, Pengarah Bahagian Operasi Udara, Laksamana Pertama Maritim Syed Islam Shahajam juga dinaikkan pangkat daripada Kepten Maritim kepada Laksamana Pertama Maritim serta Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Laksamana Pertama Maritim R. Vincent dinaikkan pangkat daripada Kepten Maritim kepada Laksamana Pertama Maritim.

Senarai berikutnya, Laksamana Pertama Maritim Hamizan Harun daripada Kepten Maritim dan akan ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Ibu Pejabat serta Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, Laksamana Pertama Maritim Abd. Razak Mohamed daripada Kepten Maritim bakal ditempatkan menerajui Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan sebagai Pengarah Maritim Negeri.

“Manakala tiga lagi merupakan pegawai Penerbang Maritim yang telah dinaikkan pangkat daripada Leftenan Komander Maritim kepada Komander Maritim,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan