27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Khabar angin harga beras naik bukan keputusan kerajaan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DESAS-DESUS kenaikan harga beras di pasaran bermula bulan depan hanya bersifat khabar angin dan bukannya keputusan kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung kenaikan harga beras.

“Kita belum dapat lagi fakta itu, saya baru baca hari ini tetapi memang kita bersedia sebenarnya untuk menghadapi fenomena El-Nino ini.

“Namun, kita sudah minta pegawai untuk mendapatkan maklumat daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, mungkin lewat petang ini dapat.

“Tetapi desas-desus akan berlaku naik harga itu bukan keputusan kerajaan. Kita akan mengeluarkan kenyataan bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan nanti,” katanya hari ini.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika mengetuai Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei bagi Projek Pembekalan Gas LPG Tidak Bersubsidi ke Brunei yang diadakan di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar yang mendakwa bakal berlaku kenaikan harga beras bermula Julai ini berikutan fenomena El-Nino yang menyebabkan bekalan beras berkurangan.

Sementara itu, Salahuddin berkata, objektif misi itu adalah bagi meningkatkan keterjaminan bekalan serta peningkatan kerjasama perdagangan antara kedua-dua negara.

Ujar beliau, misi tersebut bermula dengan pembekalan gas LPG tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei dan akan diperluaskan dengan barangan keperluan lain pada masa akan datang.

“Petronas menerusi pengeluaran gas LPG di Loji Teluk Sepanggar telah bersetuju membekalkan sebanyak 150 tan metrik LPG tidak bersubsidi kepada Brunei. 

“KPDN memberi jaminan bahawa pembekalan gas LPG tidak bersubsidi ke Brunei tidak akan menjejaskan kelangsungan bekalan di dalam negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Visa Perubatan: Imigresen beri kerjasama penuh siasatan EAIC

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ke...

Lagi Artikel Berkaitan