28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Setiap segmen sosioekonomi diberi tumpuan tahun depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk memulih semula setiap segmen sosioekonomi negara pada tahun depan, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar, memperkasa aspek pendidikan dan kesihatan awam selain terus menjana peluang pekerjaan.

“Usaha membina daya tahan turut digerak bagi mengukuhkan keupayaan perniagaan dan sistem kesihatan.

“Ini bagi memastikan instrumen pembaharuan diperhebat supaya seiring dengan landskap dunia teknologi tanpa sempadan dan agenda kelestarian.

“Tahun 2022 semestinya diberi tumpuan untuk terus memulihkan negara dari aspek sosioekonomi, pendidikan dan kesihatan awam,” katanya dalam Laporan LAKSANA Ke-79.

Menurutnya, Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Bajet) 2022 diluluskan tanpa sebarang pindaan di Dewan Rakyat, selepas bacaan kali ketiga yang diputuskan melalui persetujuan undi suara majoriti.

Advertisements

RUU ini juga dibentangkan di Dewan Negara. Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera berkenaan mendokong tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, sebanyak 500,257 pencari kerja berjaya mendapat peluang pekerjaan melalui 27 inisiatif yang dilaksanakan kerajaan, melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan bagi tahun 2021.

“Kejayaan ini lebih bermakna memandangkan pasaran buruh menghadapi pelbagai cabaran getir akibat penularan

“Sejak Mac 2020, disebabkan pandemik Covid-19 telah mengakibatkan pengangguran melonjak kepada kadar tertinggi 5.3 peratus pada Mei 2020,” katanya.

Antara inisiatif utama yang telah menyumbang kepada pencapaian kejayaan berkenaan adalah Program Insentif Pengambilan Pekerja (PENJANA Kerjaya) dan Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP).

Setakat 3 Disember lalu, PENJANA Kerjaya 2.0 berjaya menempatkan seramai 221,966 orang pekerja, melebihi sasaran keseluruhan 200,000 peluang pekerjaan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan