25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah Jabatan diarah batal cuti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah Jabatan serta Agensi turut diarahkan membatalkan cuti selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke atas anggota Kabinet.

Arahan itu dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau turut mengarahkan semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah Jabatan serta agensi bagi perkara yang sama berkuatkuasa serta-merta.

“Ini bagi membolehkan semua agensi Kerajaan menggembleng tenaga dalam memastikan kesiapsiagaan seluruh jentera Kerajaan untuk mengharungi keadaan semasa Negara demi Keluarga Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Advertisements

Ismail Sabri terdahulu mengeluarkan arahan kepada Menteri Kabinet yang sedang atau bercadang untuk bercuti supaya membatalkan percutian mereka dan pulang segera ke tanah air.

Beliau menegaskan, menteri perlu membatalkan percutian mereka sehingga masalah banjir selesai sepenuhnya.

“Mereka (menteri) yang masih belum bercuti atau sebagainya, batalkan percutian masing-masing sehingga selesai semua masalah banjir ini.

“Menteri yang ada di luar negara yang boleh balik, balik segera supaya kita bersama-sama dengan rakyat yang sedang kesusahan ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan