27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Ayob Khan kembali ke Bukit Aman sebagai Pengarah JSJN

Mesti Baca

KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay kembali ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mulai bulan depan.

Setiausaha Polis Malaysia, DCP Ruslan Khalid dalam satu kenyataan berkata, tempat beliau di Johor akan diisi oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Manakala Timbalan Pengarah (Integriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Wan Hassan Wan Ahmad pula mengambil alih jawatan Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat CP.

Ruslan berkata, pertukaran pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkuat kuasa 25 Januari 2022.

Ayob Khan pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman sebelum ditugaskan ke Johor pada Mac 2020.

Beliau pernah mendapat pujian bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kerana ketegasannya ketika menjalankan tugas menjaga keamanan negara.

Dalam satu ciapan pada Julai 2020, Musa menasihati agar Ayob sentiasa berjaga-jaga terhadap musuh dari luar dan dalam pasukan PDRM yang cuba mengkhianati kerana merasa tergugat dengan ketegasan beliau.

Baca juga:   Guna identiti orang lain, dapatkan vaksin COVID-19

“Nasihat saya kepada Datuk Ayob KP Johor. Kejujuran dan ketegasan adalah sifat yang mulia.

“Walau demikian Datuk perlu berjaga-jaga kerana akan menghadapi ramai musuh dari luar dan dalam pasukan yang akan cuba mengkhianati kerana terbiasa dan merasa tergugat diatas ketegasan Datuk,”

Baca juga:   26,534 kes positif COVID-19, 691 kes import

“Syabas dan jangan gentar kerana Allah akan sentiasa bersama orang yang menegakkan kebenaran. InsyaAllah,” kata Musa dalam ciapan tersebut. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

DBKL gempur 7 pusat pelacuran, operasi ketika Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan